Dah pindah umah

July 10th, 2008 by hasnahlaeni

Salamm and Good day friends,

I moved outtttttt!!!!!! heheheh… pindah umah dahhh…

mintak tolong add my new blos as your faveret yer:

http://b4iclosemyeyes.blogspot.com/

Ader house warming kenduri nih.. meh ler join

Batu dan Pahat

June 30th, 2008 by hasnahlaeni

Hmm.. dah lama tak mengecimpungkan diri lam blog mem blog ni. Bukan aper, sbb rasanyer posting posting lam kepala ni.. tak lepas lembaga penapisan masyarakat yg board of director nyer terdiri dari aku, saya, dan gue. P Batu Pahat. Sorry kengkawan yg mengajak.. sbb plan yang ni mmg unplanned. Beli tiket sampai ker JB sbb  tiket dah abis (sbb BTP tu hot tourist spot kutt). So sbb kemaruk.. p ler jugak.

Boling: Singkatan utk mempoyokan diri walau pun selalu aim longkang heheheh…

S5032067

Window shopping kat Ayer Itam sampai lebam.. nak beli tak mampu sgt punnn.. hehehe.. so amik gamaq pong jadik laaaa……

S5032072

Last sekali… kalu ler kawan aku yg sorang tu jadik laaa berkawin ngn

x-boifren dia… sure dah kaya rayer skang. Sure p holiday tak yah nak tunggu tiket murah.. sure tak yah plan holiday lelamer sbb nk dapatkan diskaun… sbb x-boyfrennyer memiliki syarikat bas ekspress dari Batu Pahat ker KL. Er.. korang tau tak saper yang aku maksudkan. Sila tekan 1 kalau jawapan and YA, tekan 2 kalau TIDAK dan hantar jawapan anda ker 31322

Hasry

Meet Uncle Husin @ Singapore

April 28th, 2008 by hasnahlaeni

Dah lamer tak berjalan jalan secara bajet.. a.k.a bag pack.
Last time aku wat….tu pong few years back

So this time, aku p Singapore.
Jejalan negeri orang dengan cara berjalan kaki, train or bas.
Tgk life penduduk setempat.. avoiding all those commercial places
and go to pasar, pasaraya murah dan makan kat warung.

Dalam perjalan aku dari KL to Singapore to Johor to KL, ada banda
benda yang suka dn tak suka aku nak tgk

Benda yang aku suka
- Tambang pubic transport kat Singapore murah ..berbanding
ngn tambang kiter nyer public transport.
- Plate number keta dia, aku sampai bleh cam.. sbb dia satu tempat jer. So.. smua nyer setat ngn no. siri yang samer.
- Public transport depa reliable
- ABC depa ader letak durian (tak sama macam Malaysia katernyer) aku pong try laaa…durian aper lak yang tak samer.. ghopernyer.. lempuk durian lam versi cecair (poyo). Aku suka try makanan baru… walaupun ABC dia bleh berjaya wat aku migrain lepas tuh
- Baju baju tutup aurat yang cantik.. bleh di beli ngan rega serendah $5 satu… cantik tuh (ku tak beli… lari bajet)
- Aku bleh tido ngan aman lam Train.. sbb tak ramai org dan perjalanan agak jauh (tido sat ja.. tambah tenaga)
- Org tak kesah aku berposing kat tgh2 pasar hehehe
- Uncle Hussain banjer breakfast
- Bleh sesuka ati nak bersila tgh2 org berjalan.. sbb aku forener
- Org saner bleh cakap Melayu lagi ghopernyer

- Bebudak Melayu yang fully pakai tudung biasa tutup aurat ikut syariat (bukan sekadar letak jer tudung kat kepala) biasanyer tersangat lah cun

Benda yang aku tak suka
- Jatuh longkang, lutut cramp dan jalan tersenget senget.. nak gak jalan tuh.. tak putus asa sungguh
- Org keliling aku ramai yang tak mandi..pening kepala time bersesak..pencemaran bau..pening!!!!!
- pergaulan yg sgt bebas kat JB, sampai ader budak melayu yg wat CPR kat shopping mall!! nyampah aku tgk
- Sket jer mender yang aku tak suka

So, aku nak kena plan utk berjalan jalan lagi bulan nam nih….
Nak p UK tarak bajet..so p lerrr dekat dekat ni jerrr heheheh

Saper nak ikut.. angkat tangan and p sendiri hehehee

p/s exam pong idak lagi..dok sibuk pk pasal cuti…
mender laaa aku nih.. berangan….

Posting ini adalah sempena semester ini yang banyak gilak assignment, exam dan lain lain yang sewaktu dengannyer

POKOK YANG SUNGGUH CANTIK

March 24th, 2008 by hasnahlaeni

Semenjak dua menjak ader kengkawan p obersi belaja ni… ku pun turut berangan samer. Tgk gamaq laaa mostly. Smua gamaq nampak cantik. Celah dapur pun cantik, bawah pokok pun cantik, tepi tangga pun cantik.. dan aku rasa.. kalu dok tepi jamban pun nampak cantik heheheh. Tu pendapat aku je laa…nak kater jeles sesangat pun .. takder laa.. sbb , dok obersi.. takder durian, nasik lemak RM1.20 tu kira barang mewah, kopok lekorr dan goreng pisang .. hmmm  version yang di jual oleh makcik ujung kampung memang takder laaa.. Anyway, bottomline nyer aku jeles heheheh.

Skang ni ke arah musim bunga kan? So, smua pokok pokok dah setat berbunga. Kat UIA, ader satu pokok ni outstanding (korang teka location dia kat ner-tuntut hadih dari jiran anda). Pokok lain baru dok terhegeh hegeh kuar buds, dia dah berbunga satu pokok, pokok yg paling besar lak tu. Aku rasa la kan..lam kroni dia… sure pokok ni jadik ketua kampung. Haa.. setiap kalu lalu situ, smua keter seloww.. nak tgk dia. Memang cantik lah. Dua kali aku pusing nak dapatkan angle menarik, dapat la jugak. So, dia suatu petang yang indah (last week) ku berjaya maik gamaqnyer. Walaupun gamaq aku amik tak baper cantik.. tapi tapper sbb pokok tu dah memang Allah made.

Sekarang ni, kengkawan pokok tu pun dah mula berbunga. Infact, jalan dari MRR2 ker UIA, jenis pokok yang samer.. pun dah setat berbunga. Ader yang putih ..ader yang pink, what a good combination. Kalu sempat, aku akan tarik 2-3 org mmb, wat pose kat bawah pokok, cam budak obersi selalu wat hehehhe. Sila nikmati pemandangan pokok ini:

Aku nak wat mmb yg dok kat obersi, berangan balik Malaysia balik hhehe

S5031737

S5031735

Dialog Harian Yang Pernah Berlaku Dalam Kehidupan Aku

March 19th, 2008 by hasnahlaeni

Kisah satu

aku: Halloo.. haaa, ni nombor saper lak ni?? Ko hilang tepon lagi ker

Exhibit 1: Ah ah.. aku tak jumpa hempon aku atau aku tertinggal hempon aku kat kampung atau monyet amik hempon aku atau hempon aku termasuk lam lubang tandas

Komen: Ini adalah antara makhluk yang memula pakai hempon..tapi tak nah nak tahan lamer..ader jer. Antara yg paling sadis, monyet curik hempon dan campak dari tingkat 3 di saksikan oleh beberapa rakan dan hempon masuk lubang tandas kat R & R

Kisah dua

Aku: Ni ape hal ni..banyak anak patung kat katil katil nih. Malaikat tak masuk. Bak sini aku dera sket (membaling teddy bearss satu persatu ker dinding tanpa belas kasihan)

Exhibit 2: !@#@$%^^&$%&*%^%^##!@^%&^*(&^&$ (di potong oleh badan penapisan perkataan)

Komen: No komen, sajer.. aku tak leh tgk anak2 patung or teddy bear berkeliaran, sure nak dera nyer.

Kisah 3

Exhibit 3: Hek elleh.. wat cam tu pong tak pandai. Bukannyer susah nak potong kain tu.. kejap jer… alaa.. baju budak jer ( dia ingat budak tu bukan orang kut)

Aku: Ah ah.. senang.. cuba ko wat sendiri tgk.. senang cam ner

Komen: suh aku jahit baju berpesen2 utk anak dia… maner ku pandai weh

Kisah 4

Exhibit 4: Jom la wei..solat

Aku: Sat arr… aku benti skang momentum nak wat report ilang

Exhibit 4: Sepohon kayu daunnya rimbun..Lebat buahnyer serta bunganya.

Komen: Bangun, tolak kusi, p surau.

Tu adalah antara dialog dialog rutin suatu waktu dahulu dan ada yg masih aktif sampai sekarang

Blog creation ini ialah hasil dari kebosanan tahap gaban

Fenomena Opis: Saper lagi Penting

March 12th, 2008 by hasnahlaeni

Opis aku, ader banyak level pekerja,yang paling tinggi ialah of course General Manager, the most VIP in the opis. Then ader Senior Manager, yang selalu bizi meeting, hentah aper yg di meeting nyer.. pun untouchable. Then ader Team Manager, OK laa.. wat kerja gak laa.. walaupun ku tak baper paham aper tugas dia selain meeting dan masuk meeting. Then, ada Team Leader. Ni adalah makhluk yg paling dekat ngan pekerja bawahan, iaitu Associates. Ni adalah tarap golongan yg paling ramai lam opis. Kalu ikut ‘bee organization‘ kekami adalah worker bee. Dalam worker bee ni, ader receptionist bee dan mail room bee. Kira dedua bee ni ni antara yg rare species la cket… dari reramai worker bees tuu. Tapi bukan pasal tebuan lebah ni aku nak citer.

Pagi ni.. smua level terima e-mail dari golongan atasan bee, bunyi nyer lebih kurang begini:

Kepada smua kaum kaum tebuan lebah, hari ini dan esok, reception tebuan dan mail room tebuan ( kira 2 makhluk Allah laa) terpaksa mengambil cuti kecemasan di atas sebab sebab yang tidak dapat di elakkan. Segala kerja kerja yg berkaitan dengan surat menyurat akan terbatas dan tergendala.

Pherghhhh.. golongan atasan:GM, SM , TL cuti.. tarak saper perasan. Even diaorang lam opis pong… tarak saper perasan. Tapi bila 2 makhluk Allah yg antara paling bawah dalam hiraki takder, kalut satu opis…. skang ni… saper yang VIP, ko ker aku ?

Heheheheh

(posting ini hanyalah untuk menaikkan semangat dan motivasi penulis sahaja, takda kena mengena dengan yang hidup atau yang mati)

dan .. supaya tidak memutarbelitkan fakta.. aku telah tukar tebuan kepada lebah (yg bleh wat cikgu BM aku nangis)

Kelebet

March 10th, 2008 by hasnahlaeni

Percubaan kali yang ke seterusnyer oleh bangsa bangsa yang ingin tahu apa ada dalam wallet mangsa telah berjaya.. namum hanya mampu menjumpai lesen mati, IC, kad kad kertas yang tidak berkenaan dan juga wang yang kurang jumlahnyer dari sapuluh ringgit.

Sebelum ini telah banyak percubaan yang telah berjaya dilakukan oleh kakak mangsa, ibu mangsa dan suka suku sakat kaum kerabat sahabat handai mangsa, namun benda benda yang di jumpai adalah seakan akan apa yang di jumpai oleh ‘bangsa bangsa’ seperti yang telah di beritahu di perenggan awal.

Di bawah adalah dialog temubual kami dengan mangsa:

kami: apa perasaan setelah wallet anda di kelebet

mangsa: saya rasa seperti artis

kami: kenapa begitu

mangsa: yer lah..tong sampah artis hollywood di geledah utk mengatahui apa aktiviti harian mereka. Inikan pula wallet di meja

kami: adakah anda ingin membuat laporan polis?

mangsa: Ohh.. tidak perlu sbb saya tak heran. sekurang kurangnya orang takkan mintak hutang dengan saya setelah mengetahui apa kandungan wallet saya

Itu adalah antara temubual kami dengan mangsa. Kami akan ke udara lagi untuk kemas kini temubual dengan Dr.M mengenai BN yang memenangkan parti pembangkang pada pilihanraya umum tahun ini.

susah ker?

March 3rd, 2008 by hasnahlaeni

maser memula ku luahkan hasrat tok sambung belajar… ader pelbagai feedback aku terima. Tapi mostly aku sengeh jer.. sbb feedback tu samer jer lam CPU otak aku.. then, ader sorang hamba allah ni, a friend kat office, agak close… suka lepak sesamer, ayat dia cam ni "wah ..best nyer.. boleh make new friends"

aku tak pernah terfikir pasal new friends. Ada betulnyer apa yang dia cakap. At certain level or our life cycle, we keep recycling our old friends. Making new friends become something soo difficult. There are security, risk, wavelength, trust and any other issue that you can think of. Susahnyer nak make new friends.

Then, bila dah ada peluang cam ni, I appreciate my new friends and value my old friends (korang ingat aku luper korang eh??)

Insya-Allah aku takkan luperkan korang :)

Dia dan Jalan Tun Sambathan

February 10th, 2008 by hasnahlaeni

Korang masih ingat kat mana Jalan Tun Sambathan? Sesiapa yg wat matrik kat Lembah Pantai.. confirm tau jalan ni. Nak di pendekan citer, jalan ni kat area KL Sentral, walaupun aku rasa 100% sure yang kengkawan aku smua tau kat ner Jalan Tun Sambathan.

Dia.. dalam kes ini terpaksa di rahsiakan identitinyer, walaupun aku tau korang pasti tau saper dia… meh aku bagi klu cket.. dia budak IPBA hehehe..skang posting kat BtP***t. Tu kira clue yg terang lagi bersuluh la tuu. Tapi sajer nak wat kununnyer rahsia. Ikut jejak langkah Tuk Ti ‘biarlah rahsia’

Aku adalah makhluk yang agak buta jalan, so kalu pergi memaner, dia adalah navigator aku. Tempat tempat besa yang di kunjungi ialah Bangsar, Mid Valley, Lembah Pantai, Damansara Heights. Kira tempat serumpun la tuu… and.. ni part yang paling best aku nak cakap.. dia akan navigate aku .. pastinyer ke arah Jalan Tun Sambathan. Boleh di katakan 90% aku jejalan ngan makhluk yang bernama ‘dia’ ni.. kami akan lalu kut jalan Tun Sambathan lah. Tak kira hari atau waktu.

Aku rasa…’dia’ ni ader share kut nagn Encik Tun Sambathan tuu.. er.. jgn silap paham, I have nothing against Tun Sambathan.. so posting ini hanyalah luahan hati aku yg tertanya tanya.. kenapa Tun Sambathan?

Ari ni, pergi Kl Sentral… so korang bleh guess aku p ikut jalan maner hehehheh…bila di tanyer … ’short cut’ katernyer.

Aper aper pun….ni hanyalah satu posting yang lahir di sebabkan hati aku ingin tau sangat, apa kaitan Jalan Tun Sambathan-Batu Pahat dan Aloq setaq.

Btw, smalam aku tgk citer ‘Dunia Baru’. Tak yah expect ape aper sgt, lawak yang ok-mampu wat aku gelak, tapi lawak ‘Sepohon Kayu’ bisa mengeraskan pankreas aku muaahahahahahah.. sesaper yg dah p tgk.. sila bagi komen. Nasihat aku ialah, pergi ngan orang sekepala.. sure citer ni akan bertambah best.

Fever day

January 24th, 2008 by hasnahlaeni

Exam fever.. iskkk.. iskk.. dah nak abis second semester dah. Aper yang aku dapat semester ni eh??? Macam larian marathon selama 3 bulan jer…. arggghh.. Kat bawah adalah listing yang aku berangan nak buat after final exam

1. Beli barang barang umah kat Tesco.

2. Shopping utk diri sendiri (dah hampir 3 bulan tak soping weeeii)

3. Pinjam movie-DVD (yg clear shj) member, dan tgk sampai buntang mata.

4. Jahit baju kurung

5. Cooking (adusss… ni kena aminkan bebanyak)

6. Holidays.. yeahh.. p jejalan ngan mak, makcik dan sedara muhrim

7. Nak p Batu Pahat yey!

8. Abiskan assignment Saadiah yang ter ‘pending’ selama 6 bulan dah

9. Spend more time ngn Hannan and Ahmad

10. Makan bebanyak

Tapi.. tu cita cita aku lah.. yang bleh bakar semangat aku utk study hehehe.. tapi … besanyer.. lepas jer exam, aku akan jadik cam beruang kutub pada musim salji: store makanan dan tidooooooo heheheheheheh. Utk diri sendiri aku ucapakn :

Chaiyo-Chaiyo (wat cam citer Korea ‘bright girl)

Suksess! suksess! (iklan geng starz)

Semoga Allah bagi hidayah bebanyak… Amin